Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin serahkan kepada pucuk pimpinan parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menentukan calon di Parlimen Puncak Borneo.
Jelasnya, beliau akan melakukan yang terbaik sekiranya pucuk pimpinan mencalonkannya semula di kerusi tersebut pada PRU15 nanti.